Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis (JPBN)

Tarikh : 30 Mac 2023 (Khamis)

Lokasi : Bilik Mesyuarat Kecil 4, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Mesyuarat membincangkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh masa singkat di beberapa kawasan dalam Negeri Perlis. Banyak kerosakan telah dilaporkan melibatkan kediaman, premis perniagaan dan gerai penjaja terutama yang sedang menjalankan perniagaan di bazar-bazar Ramadan.

Sebanyak 249 laporan polis telah diterima daripada orang ramai yang melaporkan kerosakan kepada kediaman, harta benda dan premis perniagaan dengan anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa dilaporkan mencecah RM880,780.00.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menjalankan siasatan dan lawatan tapak ke rumah-rumah mangsa berdasarkan kepada laporan yang diterima. Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan untuk mengemukakan laporan polis sebaiknya berserta gambar kerosakan kepada pihak JKM dan MAIPs bagi tujuan verifikasi. Pihak JKM dan MAIPs akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat khususnya bagi membaiki kerosakan kediaman masing-masing berdasarkan kepada garis panduan yang sedia ada. Pihak MAIPs juga akan menimbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang berada di luar Garis Panduan JKM berdasarkan kes tertentu. Bagi penjaja dan peniaga yang terlibat dengan kejadian ini, mereka boleh mengemukakan laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi tujuan pertimbangan bantuan oleh jabatan dan agensi yang terlibat.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis serta Ketua-Ketua Jabatan yang berkaitan.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR