Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15

Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa)

Lokasi : Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, telah berkenan berangkat ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Pertama, DUN Perlis Ke-15. Turut hadir YAB Menteri Besar Perlis, YB Speaker DUN Perlis, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan di negeri Perlis.

Majlis dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Kompleks DUN Perlis. Kemudian Majlis diteruskan dengan Titah Ucapan Diraja oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis mewakili DYMM Tuanku Raja Perlis dan seterusnya merasmikan Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis seterusnya akan diadakan pada 15 & 16 Mac 2023 bagi membahaskan "Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja" serta dua (2) Rang Undang-Undang berkenaan pemakaian dan pindaan Enakmen Perhutanan Negara 2023.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR