Sorotan Aktiviti Hari Pertama : Pesta Angin Timur Perlis Tahun 2023
Tarikh : 3 Mac 2023 (Jumaat)
Lokasi : Kampung Sungai Padang, Simpang Ampat, Perlis
Lokasi : Kampung Sungai Padang, Simpang Ampat, Perlis
Pesta Angin Timur Perlis (PAT) dilaksanakan bersempena peredaran musim sejuk kepada musim panas yang dibawa dari sebelah timur ke Negeri Perlis.
Program kerjasama di antara Kerajaan Negeri Perlis serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini bertujuan mempromosikan dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan kepada pelancong domestik dan antarabangsa sebagai salah satu produk industri pelancongan Negeri Perlis.
Antara aktiviti pada hari pertama adalah seperti Pertandingan Deklamasi Sajak, Puisi Loghat Utara, 4x4 Bendang/ATV bendang dan aktiviti-aktiviti lain.
“Mai Pakat Mai...
Pakat Mai Ramai-ramai”
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital

