Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 27 Februari 2023 (Isnin)

Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) serta Ketua-Ketua Jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan salah satu bentuk penghargaan yang diberikan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kepada pegawai/ kakitangan yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dan memenuhi kriteria sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 dan Ceraian UP.5.1.1.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 130 orang warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR