Program Gotong-Royong Mega dan Pembersihan Pantai DUN Kuala Perlis
Tarikh : 29 Januari 2023 (Ahad)
Lokasi : Persisiran Pantai Pulau Ketam
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Lokasi : Persisiran Pantai Pulau Ketam
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad hadir bagi merasmikan Program Gotong-Royong Mega Dan Pembersihan Pantai DUN Kuala Perlis bertempat di Persisiran Pantai Pulau Ketam.
Program ini adalah bagi melakukan pembersihan Persisiran Pantai Pulau Ketam, Kuala Perlis. Pelbagai agensi terlibat dengan pembahagian tugas bagi menjayakan program tersebut.
Hadir bersama dalam program ini, ADUN Kuala Perlis, YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Ahli Parlimen Kangar, YB Tuan Zakri bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBrs. En Rusdi bin Yahya dan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Agensi-Agensi yang berkaitan.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton di : Canggung Digital


