Lawatan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Ke Tapak Projek Pavillion Padang Besar dan Arked Niaga

Tarikh : 26 Januari 2023 (Khamis)

Lokasi : Pavillion Padang Besar & Arked Niaga

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri bin Ramli, YB Speaker Dewan Undangan Negeri, Tuan Rus'sele bin Eizan, serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah melawat Pavillion Padang Besar & Arked Niaga, Padang Besar.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang status projek-projek pembangunan di Negeri Perlis.

Lawatan ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini adalah YB Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) serta Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Bahagian Dewan Undangan Negeri.
 
Jom tonton di : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR