Bengkel Pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM) dan Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)

Tarikh : 15 Disember 2022 (Khamis)

Lokasi : Bilik Gunasama, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Ceramah kursus telah disampaikan oleh Encik Ahmad Sharizi bin Hassan, Pereka Grafik dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah Puan Fatimah binti Hj. Mohamed Ali Piah, Pengarah JPJ merangkap Pegawai Certified Integrity Officer Programme (CEiO) yang ditauliahkan dari Malaysia Anti Corruption Academy (MACA).

Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk membimbing dan membantu jabatan/ agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis di dalam menyiapkan pelan OACP selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022 ini.

Antara jabatan yang terlibat ialah Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, Majlis Perbandaran Kangar, Yayasan Islam Negeri Perlis, Menteri Besar Incorporation, PLANMalaysia@perlis, serta Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR