Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri
(PENGERUSI)
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sanglang
KM 4, Jalan Sungai Padang
02700 Simpang Empat, Perlis.
No. Tel : 019-454 7537
2. TUAN NOR AZAM BIN KARAP
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Perlis
No. 1, Tingkat Atas, Jalan Bukit Kubu 1
Taman Bukit Kubu Jaya,
02000 Kuala Perlis, Perlis.
3. TUAN ASRUL NIZAN BIN ABD JALIL
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sena
No.1, Tingkat 1,
Pusat Perniagaan Sena,
Jalan Kampung Bakau,
01000 Kangar, Perlis.
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PAC:
Standing Order 101A. (1), Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan Negeri Perlis, menyatakan tugas dan tanggungjawab PAC iaitu memeriksa perkara-perkara berikut:-
- Kira-kira wang negeri Perlis dan peruntukan wang-wang yang dibenarkan kerana membayar perbelanjaan-perbelanjaan negeri;
- Kira-kira wang badan-badan kuasa dan badan-badan yang lain yang mentadbirkan wang-wang Kerajaan seperti yang dibentangkan dalam Dewan Negeri;
- Penyata-penyata daripada pemeriksa kira-kira negeri yang dibentangkan dalam Dewan Negeri di bawah Fasal 107 Perlembagaan Persekutuan;
- Perkara-perkara yang lain yang difikir patut oleh jawatankuasa itu ataupun perkara-perkara yang dikemukakan oleh Dewan Negeri kepada jawatankuasa itu.
PROSES KERJA PAC:
- Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat yang berkaitan dengan negeri Perlis
- Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dihantar oleh Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) ke Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis untuk mendapat perkenaan daripada DYMM Tuanku Raja Perlis untuk dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Perlis mengikut Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.
Laporan Ketua Audit Negara
107.(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(2) Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.
- Pembentangan LKAN di Dewan Undangan Negeri Perlis
- Mendapatkan ringkasan isu daripada JAN Negeri Perlis daripada tajuk LKAN yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perlis
- Menghantar ringkasan isu tersebut kepada Jabatan / Agensi berkaitan bagi mendapatkan maklum balas mengenai status terkini tindakan yang telah / akan diambil oleh Jabatan / Agensi
- Mesyuarat PAC Negeri Perlis diadakan dengan menjemput Jabatan / Agensi yang berkaitan. Taklimat LKAN diberikan oleh JAN Negeri Perlis kepada Ahli PAC Negeri Perlis kepada Ahli PAC Negeri Perlis mengenai ringkasan isu tersebut. Jabatan / Agensi yang berkaitan akan memberikan penjelasan mengenai status terkini tindakan yang telah / akan diambil.
- Menghantar cabutan Minit Mesyuarat PAC Negeri Perlis ke Jabatan yang berkaitan agar mengambil tindakan berdasarkan syor Jawatankuasa PAC
- Pembentangan Penyata Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perlis yang telah dimuktamadkan di Dewan Undangan Negeri Perlis
TANGGUNGJAWAB PAC:
Untuk memeriksa:
- Kira-kira Persekutuan / Negeri dan peruntukan wang yang diberi oleh Parlimen / Dewan Negeri kepada perbelanjaan Persekutuan / Negeri
- Sebarang kira-kira badan-badan kuasa dan badan-badan lain yang mentadbirkan wang awam dibentangkan di dalam Dewan / Parlimen;
Selaras dengan Peraturan di atas, PAC bertanggungjawab menentukan Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan:
- Menyelenggara akaun dan rekod dengan betul dan cepat
- Mengguna wang awam seperti tujuan ia diluluskan – PAC boleh pastikan pelaksanaan program / aktiviti adalah memberi faedah, tiada pembaziran / pemborosan / ketirisan.
- Laporan Pemeriksaan Kira-kira Persekutuan / Negeri (Ketua Audit Negara) yang dibentangkan di dalam Dewan menurut Fasal 107 Perlembagaan Persekutuan;
- Apa-apa perkara lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa atau dirujuk kepada Jawatankuasa oleh Parlimen / Dewan Undangan Negeri
Selaras Peraturan di atas, PAC tidak terikat unruk membincangkan kepada isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara sahaja. PAC boleh membincangkan pelbagai tajuk atau perkara berkaitan wang awam.
(Rujukan : m/s 6 slide 12 Peranan Jawatankuasa Kura-kira Wang Awam)
KUASA-KUASA PAC :
Standing Order 101A. (4), Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan Negeri Perlis, menyatakan:-
“Jawatankuasa itu hendaklah mempunyai kuasa menjemput siapa jua, meminta surat-surat keterangan dan rekod-rekod dan melaporkan dari satu masa ke suatu masa”
(Rujukan : Versi jawi Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan Negeri Perlis)
Selaras Peraturan di atas dan bagi memastikan adanya sifat kebertanggungjawaban terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai pengawal Jabatan / Agensi Kerajaan, PAC mestilah menetapkan Ketua Jabatan / Ketua Eksekutif sendiri hadir ke Mesyuarat PAC. Jika mereka tidak hadir, PAC boleh untuk:
- menolak kehadiran wakil Pegawai Pengawal
- mendapatkan penjelasan yang munasabah dan memuaskan mengenai ketidakhadiran Pegawai Pengawal
- menangguhkan mesyuarat
- menetapkan tarikh lain untuk menyoal siasat Pegawai Pengawal berkenaan
(Rujukan : m/s 9 slide 17 Peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam)