Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Tapak Kilang PMW Concrete Industries Sdn Bhd (PCI)

Tarikh : 13 Disember 2022 (Selasa)

Lokasi : Tapak Kilang PCI, Ipoh

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah membuat lawatan ke Kilang PCI di Ipoh,Perak. PCI adalah syarikat yang membuat pelbagai jenis struktur menara telekomunikasi. Delegasi disambut oleh Pengarah Urusan PCI, En Zulkepli bin Hussin.

Di antara tujuan lawatan ini dilaksanakan adalah untuk melihat dan mempelajari dengan lebih dekat mengenai kaedah pemasangan Smart Street Pole 18M. Taklimat telah diberi oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan PCI. Turut bersama dalam lawatan ini adalah YBrs. Tuan Rusdi Bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) serta pegawai-pegawai kanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis yang berkaitan.
 

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR