Ceramah Keselamatan Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tarikh : 8 November 2023 (Rabu)

Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran SUK Perlis

Program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas berhubung aspek keselamatan kebakaran, mendedahkan langkah-langkah perlindungan dan pencegahan kebakaran di kalangan warga kompleks pentadbiran SUK Perlis serta memberikan pengetahuan asas dalam teknik-teknik pencegahan kebakaran. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Yusrizal Bin Muhamad Yusof, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis. Kakitangan daripada pegawai kumpulan Gred 11 dan ke atas dari Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri Ceramah Keselamatan Dan Demonstrasi Alat Pemadam Api Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Peserta ditunjukkan cara mengunakan alat pemadam api serta demonstrasi teknik yang betul untuk memadam api. Dengan adanya program seperti ini dapat membantu kakitangan di kompleks ini untuk bertindak dengan sewajarnya sekiranya berlaku kebakaran di premis.

Turut hadir pada program ini YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan serta wakil-wakil Bahagian dan peserta program.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR