KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN GAJI DAN ELAUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 19 – 20 Oktober 2026 (Isnin – Selasa)
Tempat : Dewan Guna Sama, Kompleks Seri Putra, Kangar

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Gaji dan Elaun kepada para Pengurus Sumber Manusia di Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pegawai dalam mengendalikan urusan gaji dan elaun secara cekap dan berkesan.

Kursus ini telah dikendalikan oleh para penceramah daripada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Encik Mohd Shahir bin Shaari, Timbalan Pengarah, Bahagian Gaji dan Elaun.

Pengisian kursus merangkumi sesi taklimat, demonstrasi serta latih amal penggunaan Sistem Semakan Gaji (SSG) bagi meningkatkan kompetensi peserta dalam memastikan pengurusan gaji dilaksanakan dengan tepat, teratur dan sistematik.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan pengurusan gaji dan elaun semua penjawat awam di peringkat Jabatan/Agensi, disamping memastikan setiap urusan dilaksanakan mematuhi peraturan dan ketetapan yang sedang berkuat kuasa.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

© 2026 Your Company. All Rights Reserved.
splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR