MAJLIS PERASMIAN ZON PERDAGANGAN BEBAS TUANKU SYED SIRAJUDDIN – DEPOT PELEPASAN PEDALAMAN PERLIS (TSSFCZ-PIP)

Tarikh : 30 Mei 2026 (Sabtu)
Tempat : Lembah Chuping, Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis, telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin – Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) yang terletak di Lembah Chuping, Perlis. Turut berangkat ialah DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Turut hadir ialah YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, YBhg. Dato' Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato' (IR) Doktor Ahmad Tajuddin bin Ali, Anggota Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), YBhg. Dato' Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Pegawai Eksekutif NCIA serta YBhg. Datuk Shabaruddin bin Ibrahim, Pengerusi Kumpulan Mutiara Perlis Sdn. Bhd.

Majlis ini menandakan satu lagi pencapaian signifikan dalam usaha Malaysia memperkukuh kesalinghubungan serantau, meningkatkan kecekapan perdagangan serta mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab logistik yang berdaya saing dalam menghubungkan rantau ASEAN dengan China, Asia Tengah dan Eropah.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan perasmian Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin – Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP), sekali gus menzahirkan komitmen berterusan Negeri Perlis dalam menyokong pembangunan sektor logistik dan perdagangan antarabangsa.
Dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) dengan sokongan pembiayaan daripada Kementerian Ekonomi melalui kerjasama strategik awam-swasta (PPP) yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perlis dan Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB), zon perdagangan bebas berkeluasan 500 ekar ini dilengkapi dengan infrastruktur logistik moden bertaraf antarabangsa, termasuk bonded road, sambungan rel terus ke rangkaian landasan berkembar kebangsaan, landasan sisian serta terminal kontena moden.

Susulan pemindahan operasi PBCT yang berjaya dilaksanakan pada 12 April 2026, kemudahan ini kini berupaya mengendalikan sehingga 600,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun dengan sokongan lima perkhidmatan tren kargo setiap hari.

Pengoperasian PIP turut merupakan satu pencapaian penting dalam pelaksanaan Dasar Pengangkutan Negara 2019–2030 yang menekankan integrasi menyeluruh antara mod pengangkutan rel, jalan raya dan logistik melalui pembangunan ekosistem pengangkutan multimodal. Lebih daripada sekadar pelabuhan darat, pembangunan ini berfungsi sebagai hab logistik strategik yang menghubungkan Malaysia dengan Thailand, Laos, China serta rangkaian Kereta Api Trans-Asia, sekali gus membuka peluang baharu dalam perdagangan dan kepelbagaian rantaian bekalan serantau.

Hadir sama ialah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, setiausaha-setiausaha bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), NCIA, Mutiara Perlis Sdn. Bhd. serta wakil-wakil jabatan dan agensi yang terlibat.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR