SOLAT SUNAT AL-ISTISQA' DI DATARAN ISTIADAT ISTANA ARAU NEGERI PERLIS

Tarikh : 26 Mac 2026 (Khamis)
Tempat : Dataran Istiadat Istana Arau, Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Al-Istisqa’ di Dataran Istiadat Istana Arau. Turut berangkat sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Warisnya Yang Kedua, YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Turut hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato' Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Solat Sunat Al-Istisqa’ (memohon hujan) ini dilaksanakan sebagai tanda keinsafan terhadap ujian kemarau dan cuaca panas yang melanda negara, khususnya di bumi Perlis, di samping menghayati keperitan akibat kekurangan sumber air serta memohon agar dikurniakan hujan rahmat daripada Allah SWT.

Solat ini telah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Ketua Penolong Pengarah, JAIPs dan disertai hampir 1000 jemaah yang menunaikan solat dengan penuh khusyuk, mencerminkan kesatuan hati dan pengharapan seluruh rakyat dalam memohon keberkatan serta rahmat Ilahi.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan dalam munajat penuh pengharapan ini diperkenankan oleh Allah SWT, seterusnya mengurniakan hujan rahmat yang membawa kesejahteraan, keberkatan serta kelangsungan kehidupan kepada seluruh rakyat dan negeri Perlis yang tercinta.

Hadir sama menunaikan Solat Al-Istisqa’, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penjawat awam serta rakyat Negeri Perlis.

Sumber : SUK Perlis Official Facebook

 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR