MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS BILANGAN 1 TAHUN 2025
Tarikh : 14 Mac 2025 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mempengerusikan Mesyuarat MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Bilangan 1 Tahun 2025.
YBrs. Dr. menekankan tentang penambahbaikan skim perkhidmatan yang telah dilaksanakan bagi mengoptimumkan sumber manusia melalui pelaksanaan berbilang tugas (multitasking) dan berbilang kemahiran (multi-skilling).
Hadir sama Setiausaha-Setiausaha Bahagian, wakil-wakil pihak pekerja dan Bahagian dan urusetia Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


