PROGRAM PEMANTAPAN MAJLIS BERSAMA JABATAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 25 Februari 2025 (Selasa)

Tempat : Bilik Seminar, Blok Fasiliti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir  Program Pemantapan Majlis Bersama Jabatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Program Pemantapan MBJ ini di mulai Taklimat Skim Bayaran PAmpasan (Ex-Gratia) bagi penjawat awam dan Taklimat Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kelompok Bagi Pegawai Pekhidmatan Awam. Taklimat ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada wakil pekerja berkaitan skim ex-gratia bencana kerja dan cuti tanpa rekod kelompok.

Penerangan berkaitan pindaan perlembagaan telah diberikan untuk memastikan MBJ dapat berfungsi dengan lebih efisien dan relevan. YB Dato’ SUK telah menyampaikan penghargaan kepada wakil pegawai melalui sesi penyerahan watikah pelantikan dan sijil penghargaan kepada wakil pekerja.

Turut hadir sama dalam program ini YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Encik Azmi bin Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan wakil-wakil pekerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

 
 
 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR