MAJLIS PENGHARGAAN ATLET NEGERI PERLIS TAHUN 2024 DAN PELANCARAN LOGO RASMI BAHARU MAJLIS SUKAN NEGERI PERLIS
Tarikh : 11 April 2025 (Jumaat)
Lokasi : Dewan Warisan, Kangar Perlis
Lokasi : Dewan Warisan, Kangar Perlis
DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis Tahun 2024 dan Pelancaran Logo Rasmi Baharu Majlis Sukan Negeri Perlis di Dewan Warisan Kangar Perlis.
Turut hadir bersama ke majlis ini, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato' Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Belia dan Sukan), YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Majlis Penghargaan Atlet Tahun 2024 dan Pelancaran Logo Baharu Rasmi Majlis Sukan Negeri Perlis diadakan bagi menghargai kejayaan atlet-atlet negeri dalam bidang sukan sepanjang tahun 2024. Majlis juga merasmikan logo baharu Majlis Sukan Negeri Perlis sebagai transformasi memperkasakan pembangunan sukan berprestasi tinggi. Dalam majlis ini, hadiah khas pencapaian sukan diberikan kepada mereka yang mengharumkan nama negeri dalam acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu pemenang mencipta logo rasmi juga diraikan dengan pemberian hadiah kemenangan.
Logo Baharu Majlis Sukan Negeri Perlis yang dipilih melambangkan semangat keberanian, kekuatan dan keteguhan pasukan dalam menuju kecemerlangan sukan. Lakaran bentuk singa yang digabung daripada huruf M-S-N-P melambangkan integrasi antara identiti organisasi dan simbolik kekuatan singa serta menggambarkan tekad untuk melahirkan atlet yang kuat dan berdaya saing hingga ke pentas tertinggi sukan dunia iaitu Sukan Olimpik. Manakala warna kuning biru dipilih adalah berlandaskan warna bendera Perlis yang menjadi kemegahan negeri.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran Logo Rasmi MSN Perlis dan mengurniakan pemberian insentif kemenangan kepada atlet serta pemberian hadiah kepada pemenang Pencipta Logo MSN Perlis.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Kanan MSN, PSUK Perlis, Persatuan Sukan, Atlet-atlet dan Urus setia Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis Tahun 2024 dan Pelancaran Logo Rasmi Baharu Majlis Sukan Negeri Perlis.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

