LAWATAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS KE KOMALAUT BAGI MENGENALPASTI CADANGAN TAPAK "ONE STOP CENTRE"
Tarikh : 10 Disember 2024 (Selasa)
Lokasi : KOMALAUT, Kuala Perlis
Lokasi : KOMALAUT, Kuala Perlis
YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah melawat KOMALAUT, Kuala Perlis. Turut hadir bersama dalam lawatan ini, YB Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri Bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Tuan Abu Bakar Bin Hamzah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan).
Lawatan ke KOMALAUT adalah bagi melihat dan mengenal pasti cadangan tapak untuk "One Stop Centre". Lawatan juga meninjau di sekitar kawasan perniagaan di persisiran Pantai berdekatan dengan Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis.
Hadir bersama dalam lawatan ini adalah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Encik Zuhair Bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, YBrs. Tuan Norsiake bin Kassim, Pengurus Besar, PKENPs, Ketua-Ketua Jabatan Negeri serta Wakil-wakil Jabatan yang terlibat.
Sumber : SUK Perlis Official Facebook

