Program MAIPs Peduli Bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis

Tempat : Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Simpang Empat Perlis
 
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) di Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. Turut bersama dalam kayuhan ini YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Pada program ini, Pengagihan Sumbangan MAIPs Peduli telah disampaikan kepada Kariah Simpang Empat dan Kariah Bunga Emas. Delegasi kayuhan MAIPs Peduli telah melawat sekitar kampung-kampung dan telah singgah di tiga(3) buah rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir dalam kayuhan ini YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis dan wakil-wakil yang terlibat.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR