Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Tarikh : 9 November 2023 (Khamis)

Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Turut hadir YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YBrs. Encik Norsiake bin Kassim, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Lembaga Pengarah PKENPs.

Majlis diadakan bagi meraikan 50 tahun sambutan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang telah ditubuhkan pada 1 September 1973. PKENPs telah terlibat dalam perlbagai sektor dan bidang ekonomi utama di Negeri Perlis antaranya Pembangunan Hartanah kediaman dan komersial, Pembangunan Industri, Pertanian dan Perkhidmatan. Dalam Majlis yang sama, Pelancaran Pelan Antirasuah (OACP) PKENPs 2023-2027 telah dilancarkan beserta Pelancaran 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

Turut hadir sama dalam sambutan itu YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Encik Zulkafli bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YBhg. Datin Hajah Aslina binti Arshad, Setiausaha Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol dan Istiadat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Lembaga Pengarah Anak Syarikat PKENPs, Pengurusan PKENPs, Pengurusan Anak Syarikat PKENPs, Agensi berkaitan, mantan Pengurus Besar dan beberapa org pesara PKENPs serta anggota kerja PKENPs.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR