Karnival Kerjaya Myfuturejobs Dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Peringkat Negeri Perlis 2023

Tarikh : 16 September 2023 (Sabtu)

Lokasi : Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar

YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis telah hadir merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Peringkat Negeri Perlis 2023. Turut hadir dalam Karnival ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Encik Basharudin bin Khalid, Pengarah PERKESO Perlis dan Encik Mohd Yusri bin Mohd Rahim, Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar.

Karnival Kerjaya MYFUTUREJOBS dan SKSSR Peringkat Negeri Perlis 2023 ini telah dianjurkan oleh PERKESO Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis. Karnival yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 16 - 17 September 2023 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar.

Dalam Karnival ini, terdapat 25 syarikat telah menyertai dengan lebih 1000 peluang jawatan kosong yang ditawarkan disamping hadiah cabutan bertuah yang menarik telah disediakan kepada pencari kerja yang bertuah.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR