Seminar Zikra Al Rasul : Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah

Tarikh : 15 September 2023 (Jumaat)

Lokasi : Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan, PDRM Kangar

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, telah hadir merasmikan Seminar Zikra Al Rasul : Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah. Turut hadir YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Seminar ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS). Seminar ini diadakan bagi memberikan pendidikan berkenaan Sirah Rasulullah SAW. Dalam masa yang sama, bulan Rabiulawal dijadikan sebagai bulan pendidikan sirah kerana terdapat pelbagai peristiwa penting dalam hidup Rasulullah SAW, iaitu peristiwa kelahiran, hijrah dan kewafatan Baginda.

Hadir bersama dalam seminar ini, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Agama), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis Tuan Haji Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPs serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR