Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Menteri Besar Incorporation Sdn Bhd (MBI)

Tarikh : 14 September 2023 (Khamis)

Lokasi : Menteri Besar Incorporation Sdn Bhd (MBI), Kangar

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan lawatan ke Menteri Besar Incorporation Sdn Bhd (MBI). Lawatan ini telah disambut oleh YBrs. Encik Zulkafli Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, MBI dan Encik Ahmad Hishamudin bin Johari, Penolong Pengurus Pembangunan Hartanah, MBI.

Pada lawatan ini, satu sesi perbentangan berkaitan struktur organisasi, pengurusan serta statistik berkaitan MBI Perlis telah disampaikan oleh YBrs. Encik Zulkafli Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, MBI.

Turut hadir dalam lawatan ialah YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Dr. Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Kanan MBI Negeri Perlis dan Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR