Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Tapak Sanglang Integrated Jetty (SIJ)

Tarikh : 22 Ogos 2023 (Selasa)

Lokasi : Sanglang Integrated Jetty (SIJ), Sanglang

YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah melawat Tapak Sanglang Integrated Jetty (SIJ) di Sanglang Perlis. Hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan Encik Zulkafli bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporation Sdn Bhd (MBI).

Lawatan ini bagi melihat lokasi Tapak dan komponen Projek Sanglang Integrated Jetty SIJ yang akan dibangunkan oleh syarikat swasta. Taklimat ringkas mengenai projek ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Incorporation Sdn Bhd (MBI) serta di bawa melihat di sekitar tapak projek.

Turut hadir bersama dalam lawatan itu, Encik Ahmad Hishamudin bin Johari, Pegawai Kanan, Menteri Besar Incorporation Sdn Bhd (MBI), dan Encik Azraai Zain bin Tusimin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR