Majlis Perasmian Penutupan The North Wall 2.0: Find A Higher Grade (Rock Climbing Competition) Di Bukit Keteri

Tarikh : 20 Ogos 2023 (Ahad)

Lokasi : Rock Climbing Bukit Keteri, Perlis

DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat bagi merasmikan Majlis Penutupan The North Wall 2.0: Find A Higher Grade (Rock Climbing Competition) di Bukit Keteri. Turut berangkat bersama anakanda baginda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail, Penaung HerMission House.

Hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele Bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan Encik Zulhelmi bin Zakaria, Wakil Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC).

The North Wall 2.0: Find A Higher Grade dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis dengan Kerjasama HerMission House Extreme Sport Club dan North Face Malaysia melalui Bantuan Kewangan Jawatankuasa Penilaian Acara Sektor Pelancongan (JPASP) MOTAC bagi tahun 2023.

Melalui penganjuran ini, industri pelancongan berteraskan sukan secara tidak langsung akan meninggalkan impak positif terhadap sektor pelancongan di negeri ini. Penyertaan peserta dari dalam dan luar negara akan membuka mata pengunjung untuk menikmati keunikan dan keindahan yang dimiliki negeri ini. Acara seumpama ini akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menganjur pelbagai acara yang dilihat mampu menjadi pelengkap dan pemangkin dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan.

Penganjuran The North Wall 2.0: Find A Higher Grade ini, telah menarik minat para peminat dan penggiat sukan memanjat, sekaligus meningkatkan lagi permintaan untuk pembangunan lebih banyak fasiliti dan perkhidmatan eko-pelancongan berasaskan sukan memanjat. Lebih ramai penggiat aktiviti luar juga akan sanggup mengembara lebih jauh untuk aktiviti memanjat ditempat-tempat yang baru dan menarik.

Seterusnya, kepentingan lokasi Bukit Keteri sebagai tempat eko-pelancongan sukan dan rekreasi memanjat bertaraf dunia dapat dikukuhkan serta menarik minat pelabur antarabangsa terutama 'The North Face' untuk sama-sama membangunkan “Bukit Keteri Rock Climbing Park” sebagai fasiliti sukan dan pelancongan memanjat bertaraf antarabangsa dan professional.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Puteh Soraya A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Azizul bin Ismail, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis, Encik Mohd Irzat Rozaidy bin Mohamad Roseli, Penolong Pengarah, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Peserta Rock Climbing yang terlibat.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR