Hari Pertama : Program Lawatan TYT Duta Besar Iran Di Malaysia Ke Negeri Perlis, Malaysia.

Tarikh : 14 Ogos 2023 (Isnin)

Lokasi : Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis dan Restoran Hi-Thien Seafood, Kuala Perlis

TYT Ali Asghar Mohammad, Duta Besar Iran di Malaysia bersama-sama delegasi telah tiba ke Negeri Perlis. Delegasi tiba di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis pada 2.10 petang dan telah disambut oleh YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Puan Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Encik Mohamad Subhai bin Ismail, Pengurus Hotel Putra Regency, Kangar. Ahli Delegasi yang turut hadir bersama Dr. Mehdi Soltanzadeh, Penterjemah, Dr. Mohsen Saraf Bidabadi, Kaunselor Penyelidikan dan Encik Wan Abd Halim bin Wan Ahmad.

Delegasi telah diberikan taklimat berkenaan Pembangunan Negeri dan Peluang Pelaburan di Negeri Perlis oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Encik Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif NCIA dan Encik Zainal bin Abu Kassim, Pengarah Pelaburan NCIA. Taklimat yang dihoskan oleh YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Delegasi seterusnya dibawa ke Program MAIPs Peduli Bersama DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis yang dihoskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Antara program yang telah dijalankan adalah melawat kampung, membuat sumbangan zakat dan makanan serta pemberian wang tunai kepada golongan yang memerlukan. Turut hadir bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Pada sebelah malam Delegasi Duta Besar Iran diraikan pada Majlis Santapan malam bersama DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis di Restoran Hi- Thien Seafood, Kuala Perlis. Turut hadir YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Hadir bersama Puan Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Pegawai-Pegawai Kanan, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR