Lawatan Projek Perumahan Warga Felda (Rumah Mampu Milik Teres 1 Tingkat), Felda Chuping, Mukim Padang Siding, Perlis

Tarikh : 1 Ogos 2023 (Selasa)

Lokasi : Galeri Jualan Lamanda Chuping, Perumahan Warga Felda Chuping

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Lawatan Projek Perumahan Warga Felda (Rumah Mampu Milik (RMM) Teres 1 Tingkat), Felda Chuping, Mukim Padang Siding, Perlis. Hadir bersama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta YB Ahli–Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis.

Lawatan diadakan adalah untuk melihat rumah contoh RMM Teres 1 Tingkat yang telah siap dibina. Pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah melantik ENCORP Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk Pembinaan Perumahan Warga FELDA (PWF) Fasa 1 dan 2 Di Felda Chuping, Perlis. Pembangunan Fasa 1 adalah 158 unit RMM Teres 1 Tingkat, 66 Unit Rumah Kos Sederhana 1 Tingkat dan 17 unit komersial, manakala untuk pembangunan Fasa 2 adalah 289 unit rumah kos sederhana dan 13 unit komersial. Pada masa kini, pembangunan Fasa 1 telah siap dan penjualan unit RMM serta rumah kos sederhana diuruskan oleh pihak FELDA.

Turut hadir bersama YBrs. Encik Mohd Ridzuan bin Mohd Noor, Pengarah Jabatan Aset FELDA, YBrs. Dr Mohd Syaiful bin Hassan, Pengarah Jabatan Tanah FELDA, Encik Hazurin bin Harun, Ketua Eksekutif ENCORP Berhad, Puan Norhafiza binti Yob Osman, Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah, Encik Ismasuhaimi bin Shariff, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, Puan Haslina binti Chan, Pengarah Plan Malaysia Perlis, wakil-wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR