Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Ke Taman Negeri Perlis dan Wang Kelian

Tarikh : 7 Julai 2023 (Rabu)

Lokasi : Taman Negeri Perlis dan Arked Niaga Wang Kelian

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah melawat ke Taman Negeri Perlis dan Arked Niaga Wang Kelian. Hadir bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Taman Negeri Perlis sebagai persediaan menarik pelancong untuk datang ke kawasan berkenaan.
Seterusnya, lawatan ke Arked Niaga Wang Kelian bagi meninjau keadaan dan status semasa arked niaga berkenaan.

Turut bersama dalam lawatan adalah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Encik Azraai Zain bin Tusimin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Wakil-wakil daripada Majlis Perbandaran Kangar, Wakil-wakil Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Pejabat MOTAC Negeri Perlis dan Pejabat Tanah & Galian Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR