Program "Perlis Green Hour" Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2023

Tarikh : 3 Jun 2023 (Sabtu)

Lokasi : Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Kompleks Pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis, Pejabat Dewan Undangan Negeri Perlis & Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Program “Perlis Green Hour” Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis 2023. Turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut bersama, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YBhg. Dato Mohd Rahim bin Rani, Timbalan ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal), YB Tuan Mohd Radhi bin Abbas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis serta YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.
Program “Perlis Green Hour” merupakan aktiviti penanaman pokok secara serentak melibatkan rakyat di negeri Perlis untuk menjayakan Program Kehijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 juta pokok di Negeri Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis bertitah telah dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis sedang dalam usaha untuk mendapatkan penarafan Geopark Kebangsaan bagi Perlis Geopark. Penarafan ini bakal membawa imej baharu kepada negeri Perlis dalam menjaga ekosistem biodiversiti. Gerak kerja sedang giat dijalankan, Baginda mahu semua jabatan dan agensi yang terlibat terutamanya Jabatan Mineral & Geosains (JMG) bersama-sama membantu kerajaan negeri ke arah penarafan ini.

Pada masa yang sama, aktiviti menanam Pokok Tekoma dan Pokok Kelat Pucuk Merah di sekitar Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis dan di Kompleks Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah diadakan melibatkan wakil-wakil Bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Turut hadir YBrs. Encik Ag. Shaffie Bin Ag. Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Setiausaha-setiausaha Bahagian, Wakil wakil Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Perlis.
  
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR