Portal Pelaburan Perlis

MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN PROJEK PELABUHAN DARAT PERLIS (PIP) DAN BONDED ROAD DI PADANG BESAR, PERLIS

Nur Shatirah
632
 
Majlis Pelancaran Pembangunan Projek PIP dan Bonded-Road di Padang Besar telah diadakan pada 15 Mac 2022 (Selasa) yang dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis di Integrated Business Center, Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Chuping. DYTM Raja Muda Perlis turut berangkat. 
 
YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri hadir bersama memberikan sokongan Kerajaan Persekutuan ke atas projek PIP. YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM340 juta di bawah RMK-12 untuk membina 3 komponen utama prasarana sokongan untuk PIP, iaitu Bonded-Road, Railway Spurline dan Flyover.
 
Projek PIP ini adalah sinergi awam dan swasta di mana pihak kerajaan memperuntukkan RM318.0 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur luaran dan RM1.2 bilion daripada pelaburan swasta bagi pembangunan kawasan operasi. 
 
Kesan limpahan ekonomi projek PIP kepada rakyat dan Negeri Perlis amat besar dimana ia bakal menambah nilai dan meningkatkan pembangunan ekonomi negeri terutamanya sektor logistik.