Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Pembangunan Operasi Perlis Inland Port (PIP) telah diadakan pada 21 Februari 2022 (Isnin).
Perjanjian tersebut telah dimeteraikan di antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB).
Pembinaan fasa pertama PIP dijangka siap dan mulai beroperasi pada Mac 2024. Kerja-kerja pembinaan PIP akan dimulakan dalam
suku pertama tahun 2022, iaitu serentak dengan permulaan kerja pembinaan bonded-road, salah satu prasarana sokongan PIP.