Unit Audit Dalam
- Merancang, melaksanakan dan melaporkan penemuan audit melalui pendekatan yang sistematik bagi menilai keberkesanan pengurusan kewangan, kawalan dalaman dan tadbir urus yang cemerlang.
Kembali ke Sektor Pengurusan
- Memastikan pengurusan kewangan/program/aktiviti Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dilaksanakan mengikut tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa dengan cara berikut:
- Melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan;
- Melaksanakan Pengauditan Kendiri melalui Sistem Indeks Akauntabiliti Perlis (eSIAP);
- Melaksanakan Pengauditan ICT; dan
- Melaksanakan Pengauditan Prestasi bagi mengukur prestasi suatu program/aktiviti yang dijalankan di Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
- Menjalankan Pengauditan Susulan terhadap Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
- Menjalankan Pengauditan Siasatan terhadap Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan tadbir urus/prosedur/tatacara suatu organisasi di Jabatan-jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri:
- Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan; dan
- Memberi khidmat nasihat pengurusan tadbir urus.