Memastikan pengurusan Majlis Sukan Negeri Perlis berfungsi berdasarkan tujuan majlis serta mengikut kehendak-kehendak Akta Majlis Sukan Negara dan diselaraskan dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
Menjalankan tujuan majlis untuk memajukan kepentingan sukan negeri, melakukan penyelarasan Persatuan Sukan Negeri dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan majlis;
Membuat syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara, langkah dan dasar bagi memudahkan kemajuan sukan dan jika diluluskan oleh Kerajaan Negeri, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan
Mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai kemajuan sukan di Negeri Perlis.
We use cookies to improve your experience on our website. By browsing this website, you agree to our use of cookies. Read more about our Privacy Policy.