Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan

  • Menguruskan hal ehwal berkaitan Dewan Undangan Negeri Perlis dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Jemaah Pengampunan Negeri Perlis dan Warta Kerajaan Negeri.

Kembali ke Sektor Pengurusan
  • Sekretariat kepada Dewan Undangan Negeri Perlis :
  • Menguruskan persidangan Dewan Undangan Negeri;
  • Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC), Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan, dan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dewan;
  • Menguruskan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Speaker;
  • Menguruskan Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri;
  • Menguruskan Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri oleh DYMM Tuanku Raja Perlis; dan
  • Memberikan perkhidmatan dan menguruskan keistimewaan-keistimewaan serta kemudahan-kemudahan Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta bekas Speaker dan bekas-bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Sekretariat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis :
  • Menguruskan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
  • Urus setia kepada Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Bagi Penerangan;
  • Menyelaraskan Jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diwujudkan berdasarkan portfolio setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diurus setiakan oleh jabatan-jabatan tertentu berdasarkan portfolio yang berkaitan;
  • Menguruskan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar;
  • Menguruskan Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan
  • Memberikan perkhidmatan dan menguruskan keistimewaan-keistimewaan dan kemudahan-kemudahan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri dan bekas-bekas Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri.
  • Urusan pencalonan dan pemilihan Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis :
    • Memproses pencalonan yang diterima bagi Anugerah Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Kebesaran Negeri Perlis, termasuk melaksanakan tapisan keutuhan, tapisan keselamatan dan jenayah serta tapisan insolvensi;
    • Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Kebesaran Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar;
    • Menguruskan pencalonan-pencalonan yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan untuk mendapat perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis;
    • Menguruskan surat-surat tawaran dan sijil-sijil tauliah kepada penerima-penerima darjah kebesaran dan pingat kebesaran yang telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja;
    • Mengedarkan senarai penerima anugerah kepada pihak media;
    • Mewartakan senarai penerima anugerah ke dalam Warta Kerajaan Negeri; dan
    • Membantu urusan majlis-majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Kebesaran semasa Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.
  • Urus setia kepada Jemaah Pengampunan Negeri yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis :
  • Menguruskan pelantikan Ahli-ahli Jemaah Pengampunan Negeri Perlis mengikut Perkara 42(5) dan 42(6) Perlembagaan Persekutuan.
  • Menguruskan Perintah Penahanan di bawah Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah bagi tahanan / pesakit Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
  • Menguruskan Perintah Pelepasan di bawah Seksyen 350 dan 351 Kanun Tatacara Jenayah bagi tahanan / pesakit Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
    • Menguruskan Rayuan-rayuan dan Petisyen-petisyen Pengampunan banduan.
    • Menguruskan Mesyuarat Jemaah Pengampunan Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Raja.
    • Urus setia peringkat negeri bagi Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) Malaysia :
    • Melaksanakan urusan-urusan pentadbiran CPA bagi negeri Perlis.
    • Membantu Parlimen Malaysia menyelaras urusan-urusan CPA bagi peringkat Malaysia.
    • Menguruskan penyertaan wakil negeri Perlis ke mesyuarat dan persidangan CPA yang dianjurkan oleh CPA dari masa ke semasa merangkumi urusan pendaftaran, penginapan, pengangkutan dan keperluan-keperluan lain.
    • Pengurusan Warta Kerajaan Negeri :
    • Menyemak dan menyelaraskan draf-draf pewartaan yang diterima daripada jabatan / agensi.
  • Menguruskan terbitan Warta Kerajaan Negeri.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR