/السبت 9 ربيع الثاني 1441
/ Saturday 07 December 2019
A- A A+
         

 

-->

IKBN KUALA PERLIS BERJAYA MENYUBURKAN MINAT PARA PELAJARNYA BERSAMA MASYARAKAT SETEMPAT

09 October 2019 Author :  

“Program berimpak tinggi pihak AADK,IKBNKP dan Kerajaan Negeri Perlis dapat bantu negara melahirkan masyarakat yang lebih peka dan saling bekerjasama.”
Itulah harapan dan impian Pengarah IKBN Kuala Perlis,Perlis ,Tuan Apui Jan yang diperkatakan selepas selesai sahaja program ‘SMART’ dan sembang santai bersama YAB Menteri Besar Perlis yang dijayakan bersama masyarakat setempat Kampung Hujung Tanjong dan Kampung Bahagia,Kuala Perlis baru-baru ini.

Kuala Perlis:2019,perancangan dan gabungan tindakan bersama pihak AADK Negeri Perlis,IKBN Kuala Perlis serta Kerajaan Negeri Perlis telah membuahkan hasil yang diharap-harapkan.Apa tidaknya,Program utama AADK dengan kerjasama IKBN Kuala Perlis dan Kerajaan Negeri yang lebih berkonsepkan mesra masyarakat itu telah membuktikan bahawa para pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum telah ‘masuk kampung’ dan menjayakan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang membanggakan.

Pemilihan pelajar adalah berdasarkan kepada kesukarelaan dan melepasi ujian terapi minda yang dijayakan oleh Ketua Bahagian Cawangan Hubungan Industri IKBN Kuala Perlis merangkap Pegawai Terapi MInda,Nordin bin Hj.Mohamad Yusof.

Menurut pegawai tersebut, untuk dilepaskan seorang yang bernama insan pelajar ke masyarakat luar walaupun dalam tempoh 3 hari 2 malam ianya perlu diperingatkan dan diuji sebagai langkah awal untuk menjamin kualiti tingkahlaku dan persediaan diri seseorang itu.Maksudnya mana-mana pelajar yang berkesanggupan dengan kerelaan diri dan berjaya dalan saringan awal tersebut , mereka adalah pelajar yang layak untuk bersama masyarakat luar.Baginya apabila kepercayaan telah diberikan kepada jabatannya,maka kita perlu mengkaji dan menilai terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan masalah yang tidak diingini.

Menurut beliau, program SMART ini perlukan pelajar yang Sukses,Matang,Aktif,Rasional dan Tanggungjawab agar semua tindakan berjaya menepati sasaran dan kehendak yang diinginkan.Kita jangan lupa akan hasrat dan impian pihak pengarah dan kepimpinan AADK Negeri Perlis,IKBN Kuala Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis serta Negara tercinta.

Pihak AADK Negeri Perlis mempunyai agenda yang besar ke arah menangani masalah penyalahgunaan dadah dan ini adalah ‘platform’terbaik kerana semua lapisan masyarakat dapat disedarkan secara menyeluruh.Di samping itu sempena bulan kemerdekaan,pelbagai acara untuk menakikan semangat tema hari kebangsaan 2019,‘Sayangi Malaysiaku,Malaysia Bersih’ adalah fokus utama yang tidak diabaikan.

Menurutnya lagi, program sebegini amatlah baik dan berkesan lantaran diadakan satu ruang dan peluang para pelajar dan penduduk setempat ‘sembang Santai’ bersama kepimpinan tertinggi negeri Perlis,YAB.Dato’Seri Azlan bin Man.Luahan dan isihati rakyat didengar dan diperhalusi agar semuanya berpuashati hati dan lebih memahami agenda kerajaan negeri dan dasar awam negara ketika ini.Di majlis tersebut YAB Menteri Besar amat mengharapkan penduduk setempat lebih peka dengan kebersihan dan isu dadah serta keselamatan .penghargaan tertinggi juga diberikan kepada pihak AADK negeri Perlis dan IKBN Kuala Perlis kerana berjaya menyuburkan minat dan semangat bersama terutama di dalam sebuah negara yang merdeka ini.

 

 

 

Top