Pejabat SUK perlis


JOM MASUK KE IKBN KUALA PERLIS,PERLIS

JOM MASUK KE IKBN KUALA PERLIS,PERLIS

PRA-PENDAFTARAN BERMULA

MULAI MAC 2021

 

 

IKBN Kuala Perlis, Dis,2020 - Perkahabaran terkini kepada semua warga belia tercinta.Pastinya anda semua masih ingat untuk melapor diri sebagai pelajar baharu IKBN Kuala Perlis.

UPUonline telah dibuka dan bagi mereka yang berjaya jangan lupa muat turun surat tawaran di laman sesawang  ekampus.kbs.gov.my dan lebih sedia maklum akan perubahan untuk pendaftaran baru pada 01hb.Mac,2021 nanti dan bukannya pada 04hb.Januari,2021

 Itulah kisahnya dan adalah menjadi harapan untuk semua bakal pelajar IKBN Kuala Perlis,Perlis yang telah ditawarkan untuk kemasukan Julai,2020 bertindak dan rebutlah peluang yang ada demi kelangsungan pembelajaran TVET di negara ini. Menurut Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof,mantan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, beliau menegaskan “Sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran Teknikal/ Vokasional atau TVET telah menjadi agenda penting negara dalam memberikan impak kepada kesejahteraan eknomi belia negara dengan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan luas dalam pasaran pekerjaan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui ILKBS yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) adalah keutamaan Kementerian ini dalam usaha pembangunan modal insan negara khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja mahir dalam industri. KBS bertekad akan terus memegang amanah untuk kekal istiqamah agar penyampaian perkhidmatan dan kualiti latihan di tahap tinggi serta mantap dari segi produktiviti.”

SELAMAT DATANG KE PORTAL eKAMPUS

 ekampus.kbs.gov.my  ATAU terus berhubung Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
Jalan Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis,

 Perlis

Tel : 04-9855985

Faks : 04-985 2434

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Web: http://www.kemahiran.gov.my