Jom Masuk ke IKBN Kuala Perlis

JOM MASUK KE IKBN KUALA PERLIS,PERLIS PRA-PENDAFTARAN

MULAI JULAI 2020 DAN  MASUK BELAJAR PADA JANUARI 2021.

 

Kuala Perlis, Julai 2020 UPUonline telah dibuka dan bagi mereka yang berjaya jangan lupa muat turun surat tawaran di laman sesawang ekampus.kbs.gov.my

 Itulah kisahnya dan adalah menjadi harapan untuk semua bakal pelajar IKBN Kuala Perlis,Perlis yang telah ditawarkan untuk kemasukan Julai,2020 bertindak dan rebutlah peluang yang ada demi kelangsungan pembelajaran TVET di negara ini. Menurut Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, beliau menegaskan “Sektor Pendidikan dan Latihan Kemahiran Teknikal/ Vokasional atau TVET telah menjadi agenda penting negara dalam memberikan impak kepada kesejahteraan eknomi belia negara dengan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan luas dalam pasaran pekerjaan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui ILKBS yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) adalah keutamaan Kementerian ini dalam usaha pembangunan modal insan negara khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak tenaga kerja mahir dalam industri. KBS bertekad akan terus memegang amanah untuk kekal istiqamah agar penyampaian perkhidmatan dan kualiti latihan di tahap tinggi serta mantap dari segi produktiviti.”