Saturday,Rabbi al-Thanni 22 1438 / Saturday January 21 2017

Perutusan YB SUK Perlis

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua yang melayari Portal Kerajaan Negeri Perlis ini. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua kita berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Selamat datang diucapkan, semoga para pelayar mendapat apa yang diingini di sini.

Selaras dengan saranan Kerajaan Pusat untuk menubuhkan satu pintu maklumat bagi memudahkan rakyat mendekati kerajaan, maka Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menyahut seruan tersebut dengan menyediakan Portal Kerajaan Negeri Perlis yang merangkumi pemberitahuan maklumat tentang Negeri Perlis terutama perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada semua lapisan masyarakat Negeri Perlis khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya. Pengaruh globalisasi, liberalisasi ekonomi melalui perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang membuatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menyediakan Portal ini sebagai ‘one stop center’ bagi kita memperolehi perkhidmatan dan maklumat yang terkini dan cepat dan menepati keperluan pelanggan. Harapan serta doa kami adalah usaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik ini akan dapat merealisasikan objektif serta matlamat stakeholders dalam mentadbir urus Kerajaan Negeri Perlis dengan lebih efisyen.

Portal ini akan menjadi sumber rujukan utama dan terkini bagi semua demi merealisasikan kehendak kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan kepada rakyat. Harapan kami segala usaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dalam meningkatkan kecekapan dan pembaharuan keberkesanan di dalam sistem penyampaian perkhidmatan membuahkan hasil dan memberi kesenangan dan kemudahan kepada rakyat Negeri Perlis khasnya dan pelayar-pelayar lain umumnya.
Seluruh anggota Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menyedari akan amanah yang berat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Sikap kerjasama dan saling bertolak-ansur di antara penjawat awam dan rakyat merupakan aspek utama dalam merealisasikan satu negeri yang harmoni dan berwawasan serta dalam usaha mencapai visi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis iaitu “ Peneraju Pentadbiran Awam Negeri yang terunggul bagi mencapai wawasan Perlis Maju 2015”.

Salam hormat
Y.B. Tuan Ahmad Zamri bin Khairuddin
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Top