Saturday,Rabbi al-Thanni 22 1438 / Saturday January 21 2017

Misi dan Visi Perkhidmatan Awam

MISI

Menjadikan sebuah organisasi bertaraf dunia dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia negara maju.

VISI

Meningkatkan keberkesanan modal insan Perkhidmatan Awam demi kecemerlangan Perkhidmatan Awam melalui fungsi-fungsi berikut:

  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel Perkhidmatan Awam;
  • Menggubal dasar personel Perkhidmatan Awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan dan ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif serta penghargaan;
  • Merancang keperluan tenaga manusia Perkhidmatan Awam yang berkualiti;
  • Menentukan struktur dan saiz yang optimum; dan
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis

 

Top