IKBN KUALA PERLIS BERSEDIA MENYAHUT GELAGAT MANUSIA DALAM TADBIR URUS ORGANISASI AWAM UNTUK MENGHADAPI ARUS REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN PASCA COVID-19

Persoalannya: Apakah Kita Sudah Bersedia?
Perubahan pesat dalam industri memerlukan masyarakat menjadi penggerak dalam Revolusi Industri 4.0, Justeru itu, kita harus turut berubah dan tidak perlu menoleh kebelakang lagi.​ “Moving Forward And Always Thinkings of Achievable Success.” Itulah impian dan harapan Pengarah,Tn. Apui Jan sejak beliau menerajui
kepimpinan di IKBN Kuala Perlis,Perlis.

Kebelakangan ini isu-isu yang berkaitan dengan gelagat penjawat awam dan pelanggan utama iaitu pelajar Institusi Latihan Awam(ILA) di dalam tadbir urus sesebuah organisasi awam sering diperkatakan.Kepentingan hubungan kemanusiaan dan peradaban komponen sikap seperti gelagat yang baik amatlah penting didalam pembangunan sumber manusia kerana ianya mampu untuk menggerakkan dan mewujudkan tadbir urus yang bersistematik dan bermatlamat  bagi sesebuah organisasi awam atau swasta terutamanya di kurun ke-21 ini yang teruja dengan pelbagai cabaran era globalisasi terutamanya berkait rapat dengan Revolusi Industri (IR) 4.0 dan Pasca Covid-19.

Di dalam konteks ini ianya merupakan satu bidang psikologi yang perlu difahami dan membabitkan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk kemajuan dan kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat yang diterajui. Gelagat pekerja yang berkemampuan untuk memantapkan sistem tadbir urus yang berkesan dan berprinsipkan matlamat penubuhannya amatlah diperlukan supaya ianya terarah dan keupayaannya dapat bersaing atau menyamai dengan slogan dan piagam pelanggan yang dijanjikan  dan mampu untuk menghadapi cabaran atau saingan semasa serta tekanan globalisasi dunia.
Definasi Gelagat Pekerja Dan Pelanggan Di dalam Sesebuah Organisasi Tadbir Urus
Pembinaan Organisasi Yang Bermatlamat
Pengurusan Sumber Manusia Dan Kepimpinan Pengurusan Organisasi Di Era Revolusi Industri 4.0 dan Pasca Covid-19
Pengurusan Budaya Kerja Organisasi