Hebahan Program-Program Berkaitan Covid-19 Kepada Komuniti (Tindakan Menolak Bongkah Batu JKR di Jalan Kampung Sena)


Pada 24/1/2021 jam 1500 -1600, ASP Mohd Norzuki bin Husain-KCKD, Insp Abdullah dan Sjn Sofi telah mengadakan perjumpaan bersama Mazlan bin Ahamad - Pengerusi JPKK Kg Sena berhubung tindakan menolak bongkah batu JKR di Jalan Kampung Sena.

Nasihat KCKD kepada pengerusi JPKK:-

1) Memberi nasihat kepada penduduk kampung supaya tidak merosakkan harta kerajaan dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak PDRM.
 
2) Memberi nasihat kepada penduduk kampung jangan merentas sempadan dan memasukkan ke dalam group-group whatapps untuk tindakan.

3) Memberi nasihat sekiranya bekerja di luar daerah/negeri guna laluan yang sah dan dapatkan kebenaran rentas negeri di balai berdekatan.

4) Menasihati untuk bersama-sama PDRM dalam usaha mengekang penularan wabak covid 19 ini dengan mematuhi SOP dan kekal berada dirumah.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR