Bahagian Kerajaan Tempatan

  • Menyelaras dan memantau urusan pelaksanaan dasar dan polisi di atas Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selaras Jadual Kesembilan Senarai 2 Perkara 4(a), Perlembagaan Persekutuan.

Kembali ke Sektor Pembangunan

Fungsi Pengurusan

  • Menyelaras dan memantau hal-hal pentadbiran dan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Menyelaras pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta melaporkan aktiviti dan program yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan pelaksanaan projek kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Menyelaras peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi melaksanakan projek-projek kecil serta kemudahan awam dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Memantau pelaksanaan projek peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui perolehan sehingga Surat Tawaran / Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
  • Membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam bidang pentadbiran dan kewangan dari aspek perolehan dan pengurusan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Memastikan semua keputusan Jemaah Menteri, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Memastikan semua fungsi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan selaras dengan garis panduan, akta enakmen dan undang-undang lain yang sedia ada yang berkuatkuasa.
  • Memainkan peranan untuk mengawasi segala perkembangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dalam aspek berikut:
  • Cadangan Pelantikan Ahli-ahli Majlis oleh Pihak Berkuasa Negeri
  • Anggaran Belanjawan Tahunan Majlis / Penyata Kewangan Tahunan Majlis; dan
  • Peluasan Kawasan-kawasan perkhidmatan/operasi Majlis.
  • Undang-undang Kecil (UUK)
  • Mengurusetiakan Jawatankuasa Khas Program 1 Perlis Bersih (1PBI) Kerajaan Negeri

 

Fungsi Teknikal

  • Mengurusetiakan Jawatankuasa Teknikal Dan Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis
  • Menyemak dan menyediakan ulasan Kertas Pertimbangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
  • Mengurus, mengawasi dan menyelia projek-projek di bawah peruntukan   Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
  • Membuat lawatan tapak bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi projek-projek di bawah peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan
  • Menyemak pelan-pelan bangunan, pengukuran di tapak dan kerja-kerja teknikal di lapangan
  • Menyelaras pelaksanaan dan pemantauan Program 1Perlis Bersih
  • Menyediakan ulasan teknikal terperinci berkaitan kawasan lapang
  • Menyediakan ulasan teknikal terperinci berkaitan Rumah Ibadat Bukan Islam
  • Menyediakan ulasan teknikal terperinci bagi aduan yang melibatkan Bahagian Kerajaan Tempatan

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR