Saturday,Muharram 30 1439 / Saturday October 21 2017

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Umat Islam di seluruh negara hari ini tidak melepaskan peluang untuk bersolat sunat kusuf atau gerhana matahari yang berlaku empat tahun sekali.

Di ibu negara, walaupun sibuk dengan tugas harian, banyak umat Islam meluangkan masa pagi ini untuk turut bersolat sunat berjemaah di Masjid Negara.

Solat sunat itu yang diadakan di dewan solat utama masjid tersebut pada 8.45 pagi ini disertai lebih 200 orang dengan diimamkan oleh Imam Masjid Negara Amru Al Haz Adnan, yang turut menyampaikan khutbah khas gerhana bertajuk 'Menggali Rahsia Keagungan Allah SWT'.

Turut bersolat sunat ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Elwal Agama) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Antara khutbah yang disampaikan oleh Al Haz ialah fenomena kejadian gerhana merupakan bukti kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan kepada makhluk-Nya untuk dijadikan bahan tafakkur.

Serta mengingatkan umat Islam supaya sentiasa menjauhkan diri daripada kelalaian dan kealpaan kepada Pencipta, dan sentiasa mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan.

Solat sunat gerhana matahari itu diadakan oleh pihak pengurusan masjid berkenaan bersempena fenomena gerhana matahari separa yang berlaku di negara ini bermula pukul 7.24 pagi hingga 9.30 pagi tadi.

Fenomena Gerhana Matahari Separa berada di kemuncak pada pukul 8.24 pagi apabila bulan mula menutupi matahari secara perlahan selama kira-kira dua jam dan berakhir sepenuhnya apabila bayangan bulan mula hilang secara perlahan

Di KOTA BAHARU, lebih 500 orang jemaah menyertai solat sunat gerhana matahari di masjid negeri Masjid Muhammadi.

Solat sunat itu dilakukan pada pukul 8.45 pagi diimamkan oleh Imam Tua masjid berkenaan, Rosli Che Soh yang turut disertai penjawat awam dan swasta.

Rosli kemudiannya menyampaikan khutbah yang berkaitan dengan kejadian gerhana matahari itu.

Selain Masjid Muhammadi, kebanyakan masjid dan surau di negeri ini juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan solat sunat tersebut.

Di KUANTAN, lebih 1,000 umat Islam mendirikan solat sunat gerhana pada 8.30 pagi di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang diimamkan Imam 1 Masjid Negeri, Mohd Khalil Mohd Zari, di ikuti khutbah.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) (Bahagian Pengurusan Masjid) Nik Ibrahim Nik Abdullah berkata lebih 600 masjid di seluruh negeri telah diminta melakukan solat sunat hari ini.

Di KOTA KINABALU, puluhan kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Sabah mengadakan solat sunat gerhana matahari di surau Al-Taqwa Kompleks KKMM bermula pada kira-kira 8 pagi.

Selepas menunaikan solat sunat gerhana, mereka mengambil peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari melalui rakaman kamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah di surau berkenaan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jumat Abd Razak berkata pihaknya bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menjayakan program menyaksikan fenomena gerhana berkenaan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan, seawal jam 7.30 pagi.

Katanya program itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazers) yang turut membawa peralatan 'monoscope projector' bagi menyaksikan fenomena itu dengan lebih jelas.

Beliau berkata umat Islam turut mengadakan solat sunat gerhana matahari di sebuah surau berdekatan.

Di KANGAR, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pejabat mufti Perlis mengarahkan imam di semua 105 masjid di negeri ini mengadakan solat sunat termasuk menyediakan khutbah khas mengajak umat Islam menginsafi kebesaran Allah khususnya berkaitan kejadian alam.

Beliau turut menasihatkan umat Islam supaya sentiasa melihat kebesaran Allah menerusi penciptaan alam semesta serta mengelak mengaitkan fenomena gerhana matahari dengan kepercayaan khurafat yang boleh memesongkan akidah.

Kepercayaan khurafat amat bertentangan serta dilarang di dalam Islam kerana boleh menyebabkan syirik kepada Allah, tegasnya.

"Ada yang kaitkan peristiwa gerhana matahari dengan tanaman yang kononnya boleh menjadikan tumbuhan subur dan berbuah lebat dengan cara memukul pada batang pokok berkenaan semasa berlaku gerhana (yang jelas khurafat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat gerhana matahari di Masjid Alwi yang disertai lebih 700 jemaah diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Ustaz Khairul Ikhwan Zaki.

Di KUANTAN, lebih 1,000 umat Islam mendirikan solat sunat gerhana pada 8.30 pagi di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang diimamkan Imam 1 Masjid Negeri, Mohd Khalil Mohd Zari, di ikuti khutbah.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) (Bahagian Pengurusan Masjid) Nik Ibrahim Nik Abdullah berkata lebih 600 masjid di seluruh negeri telah diminta melakukan solat sunat hari ini.

Di KOTA KINABALU, puluhan kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Sabah mengadakan solat sunat gerhana matahari di surau Al-Taqwa Kompleks KKMM bermula pada kira-kira 8 pagi.

Selepas menunaikan solat sunat gerhana, mereka mengambil peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari melalui rakaman kamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah di surau berkenaan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jumat Abd Razak berkata pihaknya bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menjayakan program menyaksikan fenomena gerhana berkenaan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan, seawal jam 7.30 pagi.

Katanya program itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazers) yang turut membawa peralatan 'monoscope projector' bagi menyaksikan fenomena itu dengan lebih jelas.

Beliau berkata umat Islam turut mengadakan solat sunat gerhana matahari di sebuah surau berdekatan.

-- BERNAMA

Published in Aktiviti SUK Perlis
Monday, 23 March 2015 00:00

Peluang Perniagaan

Published in K2 Slideshow

ARAU, 15 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi perintis pengajian Edu-Pelancongan bagi pasca siswazah yang bernaung di bawah Global U8 Consortium (GU8).

"Beta berharap semua negara anggota (GU8) mengukuhkan kerjasama akademik supaya lebih menonjol di peringkat antarabangsa," titah baginda semasa meraikan ahli majlis GU8 pada majlis santapan malam bersempena Mesyuarat Majlis Presiden (COP) GU8 Ke-9 di Istana Arau, di sini, Isnin malam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP.

Presiden Inha University Dr Soonja Choe mempengerusikan COP pada kali ini bersama-sama Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Selain UniMAP (Malaysia), anggota GU8 lain ialah Xiamen University (China), University du Havre (Perancis), Inha University (Korea Selatan) Otto Von Guericke University Magdeburg (Jerman), Universidade de Fortaleza (Brazil), University of Hull (United Kingdom) dan Royal Melbourne Institute of Technology (Australia).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah UniMAP boleh membuka pintu kerjasama dengan lebih banyak institusi pengajian tinggi luar negara bagi memantapkan pengajian edu-pelancongan yang berpotensi melonjakkan penarafan UniMAP pada kedudukan lebih baik daripada tangga 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

"Selain membuat kajian dan penyelidikan mengenai alam sekitar dan biomas, pengajian pascasiswazah dan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang Edu-Pelancongan untuk ahli GU8 juga ditawarkan kepada mereka," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah UniMAP menganggotai GU8 sejak 2012 dan menjadikannya platform menjalankan kerjasama penyelidikan dan akademik bertaraf global.

Mesyuarat julung kali diadakan di Perlis itu melibatkan dua jawatankuasa di bawah GU8 iaitu Jawatankuasa Bersama Penyelidikan UniMAP diketuai Datuk Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff dan Jawatankuasa Bersama Akademik UniMAP diketuai Datin Prof Dr Zuraidah Mohd Zain.

-- BERNAMA

Published in Aktiviti SUK Perlis
Monday, 23 March 2015 08:00

Fazen miten piten

Suspendisse at libero porttitor nisi aliquet vulputate vitae at velit. Aliquam eget arcu magna, vel congue dui. Nunc auctor mauris tempor leo aliquam vel porta ante sodales. Nulla facilisi. In accumsan mattis odio vel luctus.

Published in Phablet & Tablet
Page 1 of 2
Top