Saturday,Muharram 30 1439 / Saturday October 21 2017

KAKI BUKIT, 9 Mac (Bernama) -- Masyarakat yang tinggal di kawasan persempadanan negara digesa memainkan peranan membantu pihak berkuasa dalam melaporkan sebarang maklumat kejadian di kawasan berkenaan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mereka juga perlu prihatin dan peka dengan memastikan golongan remaja tidak terjebak dengan budaya atau perbuatan yang menyalahi undang-undang.

"Ini termasuklah jenayah penyeludupan pendatang tanpa izin dan barangan terlarang seperti petrol, mercun, dadah dan senjata api," titah baginda.

Baginda bertitah selepas berkenan merasmikan program 'Titian Kasih Mega' peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah Tahun 2016 anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Pengerusi YTSP bertitah pendidikan memainkan peranan penting membentuk generasi baharu yang dapat memenuhi aspirasi dan keperluan negara pada masa hadapan.

Baginda bertitah bagi menghasilkan pendidikan bermutu, guru juga perlu melakukan perubahan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif.

-- BERNAMA

Published in Aktiviti SUK Perlis
Monday, 23 March 2015 00:00

Peluang Perniagaan

Published in K2 Slideshow

ARAU, 15 Nov (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi perintis pengajian Edu-Pelancongan bagi pasca siswazah yang bernaung di bawah Global U8 Consortium (GU8).

"Beta berharap semua negara anggota (GU8) mengukuhkan kerjasama akademik supaya lebih menonjol di peringkat antarabangsa," titah baginda semasa meraikan ahli majlis GU8 pada majlis santapan malam bersempena Mesyuarat Majlis Presiden (COP) GU8 Ke-9 di Istana Arau, di sini, Isnin malam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor UniMAP.

Presiden Inha University Dr Soonja Choe mempengerusikan COP pada kali ini bersama-sama Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Selain UniMAP (Malaysia), anggota GU8 lain ialah Xiamen University (China), University du Havre (Perancis), Inha University (Korea Selatan) Otto Von Guericke University Magdeburg (Jerman), Universidade de Fortaleza (Brazil), University of Hull (United Kingdom) dan Royal Melbourne Institute of Technology (Australia).

Tuanku Syed Faizuddin bertitah UniMAP boleh membuka pintu kerjasama dengan lebih banyak institusi pengajian tinggi luar negara bagi memantapkan pengajian edu-pelancongan yang berpotensi melonjakkan penarafan UniMAP pada kedudukan lebih baik daripada tangga 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2020.

"Selain membuat kajian dan penyelidikan mengenai alam sekitar dan biomas, pengajian pascasiswazah dan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang Edu-Pelancongan untuk ahli GU8 juga ditawarkan kepada mereka," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah UniMAP menganggotai GU8 sejak 2012 dan menjadikannya platform menjalankan kerjasama penyelidikan dan akademik bertaraf global.

Mesyuarat julung kali diadakan di Perlis itu melibatkan dua jawatankuasa di bawah GU8 iaitu Jawatankuasa Bersama Penyelidikan UniMAP diketuai Datuk Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff dan Jawatankuasa Bersama Akademik UniMAP diketuai Datin Prof Dr Zuraidah Mohd Zain.

-- BERNAMA

Published in Aktiviti SUK Perlis
Monday, 23 March 2015 08:00

Fazen miten piten

Suspendisse at libero porttitor nisi aliquet vulputate vitae at velit. Aliquam eget arcu magna, vel congue dui. Nunc auctor mauris tempor leo aliquam vel porta ante sodales. Nulla facilisi. In accumsan mattis odio vel luctus.

Published in Phablet & Tablet
Page 1 of 2
Top