Perlawanan Akhir Liga Super Perlis 2023

Tarikh : 30 September 2023 (Sabtu)

Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Cawangan Perlis

Perlawanan Akhir Liga Super Perlis 2023 melibatkan pasukan Lion Junior FC lawan Guar Syed Alwi FC. Liga Super Perlis 2023 adalah anjuran Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Perlis dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Perlis. Perlawanan Akhir Liga Super Perlis 2023 ini telah dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Liga Bola Sepak Perlis.

Tahniah kepada pasukan Guar Syed Alwi FC di atas kemenangan 1-0 mengalahkan Lion Junior FC. Majlis Penyampaian Hadiah Liga Super Perlis 2023 telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Cawangan Perlis.

Turut hadir dalam perlawanan akhir ini, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Parlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) serta para penyokong Guar Syed Alwi FC dan Lion Junior FC.

Liga ini, liga kita dan majulah sukan untuk Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

popup

<div id="govPopupOverlay">
<div id="govPopupBox">
<button id="govPopupClose">&times;</button>
<img src="/images/hebahan/ARPAwebsitepopup.png">
</div>
</div>

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR