Penyertaan Delegasi Negeri Perlis ke LIMA Langkawi 2023

Tarikh : 23 Mei 2023 (Selasa)

Lokasi : Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi

LIMA 2023 diadakan bermula pada 23 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023. Pameran ini berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia pada tahun ini. Ia diadakan di dalam Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), bersebelahan dengan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi manakala bagi segmen maritim di Resort World Langkawi. Pameran ini juga disertai 119 pesawat yang menyertai pameran statik dan aerobatik, selain 40 kapal tentera laut dari dalam dan luar negara.

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama-sama dengan delegasi pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis telah hadir pada upacara pembukaan LIMA 2023 pada 23 Mei 2023. Hadir bersama, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri dan YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan).

Di antara outcome yang positif yang diperolehi oleh semua adalah pendedahan dengan pembangunan dan perkembangan industri pertahanan khususnya yang berkaitan dengan inovasi dan teknologi. Meneroka dan mempelajari peluang, idea, budaya, pengurusan dan cara kerja agensi kerajaan / swasta yang terlibat. Memberi pengalaman baru mengenai penganjuran acara di peringkat antarabanga seperti teknik penyampaian pempamer antarabangsa, persediaan booth pameran dan pengurusan acara. Memberikan peluang kepada delegasi negeri Perlis untuk membuat tawaran pelaburan kepada pihak yang berpotensi di Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan meluaskan jaringan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Perlis dengan pihak Kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri yang lain / Swasta.

Turut hadir juga adalah Puan Puteh Soraya binti A Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Ketua Penolong Setiausaha (Sektoral), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis dan Encik Mohd Rusfaizal bin Mohd Radzi, Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR