Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP, RMKe-12)

Tarikh : 22 Mei 2023 (Isnin)

Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis

YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah hadir ke Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP, RMke-12). Turut Hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) serta YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Sesi ini bertujuan untuk membincangkan prestasi semasa pembangunan ekonomi peringkat negeri berdasarkan dasar dan strategi RMKe-12. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran serta cadangan penambahbaikan perancangan pembangunan di peringkat negeri. Sesi ini secara format townhall.

Hadir bersama YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis dan Persekutuan Negeri Perlis.
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR