Majlis Pelancaran Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis
Tarikh : 20 Mei 2023 (Sabtu)
Lokasi : Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Lokasi : Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat ke Majlis Pelancaran Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis. Hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis mewakili YAB Menteri Besar Perlis, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), Pegerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Ahli-Ahli Yang Berhormat, YM Raja Dato’ Azwane Raja Ariff, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Malaysia Perlis serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Perlis.
Program ini diadakan bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran pengguna internet khususnya rakyat negeri Perlis mengenai jenayah scam selain memberi informasi dan berkongsi maklumat terkini tentang modus operandi jenayah scam yang semakin berleluasa sehingga menyebabkan berlaku kerugian jutaan ringgit malah mengugat kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan Gimik Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perlis.
Turut hadir bersama YBrs. Encik Norazlan bin Yahaya, YDP Majlis Perbandaran Kangar, YBrs.Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kerajaan Negeri Perlis dan Wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri Perlis.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital