Majlis Aidilfitri Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Tarikh : 16 Mei 2023 (Selasa)
Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
Lokasi : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Aidilfitri Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Hadir Bersama YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB. Tuan Haji Zepri Bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN). Para tetamu telah dialu-alukan oleh YBrs Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Majlis ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwah antara pimpinan Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Kelab PSUKPs di samping meraikan kegembiraan menyambut Aidilfitri. Majlis disajikan dengan aneka juadah hari raya yang telah disediakan oleh Bahagian-bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Antara menu juadah adalah Nasi Ayam Golek, Sate, Ketupat dan Rendang, Kebab Daging dan pelbagai menu yang lain. Dalam majlis itu juga, Pengerusi Kelab PSUKPs telah menyampaikan sumbangan dana kebajikan kepada ahli-ahli Kelab PSUKPs yang terlibat.
Hadir bersama Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Facebook Rasmi : SUK Perlis Official Facebook
Jom tonton : Canggung Digital