Majlis Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Secara Tanpa Tunai (Cashless) dan Pelancaran Portal Awam Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis

Tarikh : 12 Mei 2023 (Jumaat)

Lokasi : Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar Perlis

YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir merasmikan Majlis Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Secara Tanpa Tunai (Cashless) Dan Pelancaran Portal Awam Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Perlis. Hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri Bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, YBrs. Encik Firdaus bin Ghani, Pengarah Bahagian Digitaliasi Kerajaan (PayNet) serta para pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Secara Tanpa Tunai.

Kempen yang dikuasakan oleh Payments Networks Malaysia Sdn Bhd (Paynet) telah bermula pada 1 Januari 2023. Kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Perlis berhubung kaedah pembayaran secara tanpa tunai di jabatan ini. Kempen ini juga selaras dengan inisiatif Pelan Digital Perlis yang menghubungkan rakyat, kerajaan dan juga swasta. Selain itu, kempen ini juga tidak terhad kepada pembayaran cukai tanah sahaja malahan terbuka kepada semua jenis transaksi di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis. Kempen ini mendapat sambutan yang amat baik di mana seramai 23,388 penyertaan daripada pembayar cukai tanah tanpa tunai dan pelbagai bayaran perkhidmatan secara tanpa tunai telah layak secara automatik terpilih menyertai kempen ini.

Turut hadir bersama YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), En. Ahmad Irwan bin Baharuddin, Bendahari Negeri Perlis, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Wakil-wakil jabatan Negeri Perlis.
 
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR