Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis 1444H/2023M

Tarikh : 29 April 2023 (Sabtu)

Lokasi : Dewan 2020, Kangar

Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis ini telah diserikan dengan keberangkatan DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat bersama DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Majlis diadakan untuk mengeratkan siratulrahim antara pimpinan Kerajaan Negeri dengan rakyat di samping berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri.

DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan Gimik Pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis 2023 serta melawat ke gerai-gerai makanan. Dalam majlis itu juga, YAB Menteri Besar Perlis dan YB AMMKN telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Turut hadir bersama, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg Puan Najwa binti Othman. Hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis,YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis merangkap Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Semua Penjawat Awam Negeri Perlis serta pelbagai lapisan rakyat Negeri Perlis.
 
 
 
Jom tonton : Canggung Digital 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE

PAUTAN LUAR